KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI
Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinngi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikakalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negeri beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dinding seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.
Maksud talibun
Menceritakan tentang pemandangan yang sangat indah di negeri
bernama Teluk Bidung Lama. Negerinya sangat luas dan kedudukan negeri yang
tinngi dari aras laut. Keindahan negeri tersebut dapat di lihat dengan adanya
pasir yang cantik yang menajadi dasar negeri tersebut. Batunya juga dalam
pelbagai, ada yang kecil dan ada yang besar. Batu yang kecil digunakan untung dilontarkan
kepada balam(burung). Kalau bernasib baik batu yang dilontar akan mengenai
kepada balam(burung) dan kalau tidak batu yang dilontar akan jatuh ke tanah
kembali. Negeri tersebut juga merupakan negeri yang makmur. Pemerintahnya
sering mendoakan akan keselamatan penduduk negerinya daripada ancaman musuh dan
menjaga negeri tersebut daripada diserang piha lawan walaupun dalam saiz yang
kecil. Walaupun negeri itu kecil tapi mampu mengeluarkan hasil yang banyak dan
membuktikan negeri tersebut negeri yang makmur. Rezeki bolek didapati di
mana-mana sama ada di darat atau di laut malah mempunyai hasil ternakan seperti
lembu, kerbau dan lain-lain. Suasana yang nyaman dan dindingbsesuai dengan keindahan
negeri tersebut.
Ciri-ciri talibun..
Mempunyai
satu rangkap
Mempunyai 20
baris
Mempunyai
4-5 patah perkataan sebaris
Mempunyai
9-15 suku kata
Rima akhir
adalah bebas
Jenis yang
tidak terikat
Keseluruhan
rangkap merupakan satu kasatuan idea
Tema..
Ø Keindahan dan kemakmuran sesebuah negeri.
Persoalan..
Persoalan
keindahan negeri
ü Negerinya yang luas dan indah dengan mempunyai pasir yang cantil
serta batu dalam pelbagai saiz
Persoalan kemakmuran negeri
ü negeri tersebut mempunyai banyak sumber rezeki seperti ayam,
ititk, kerbau dan lembu.
Persoalan rezeki yang
terdapat di merata tempat
ü rezeki yang boleh di peroleh sama ada di darat mahupun di
dilaut.
Nilai estetika..
Asonasi > pengulangan huruf
vokal a,e,I,o,u
Contoh: medannya indah bukan kepalang
( pengulangan vocal a sebanyak 5 kali)
Aliterasi > pengulangan huruf
konsonen
Contoh: rantaunya luas bagai bibentang
(pengulangan konsonen n sebanyak 4 kali)
(pengulangan konsonen n sebanyak 4 kali)
Anaphora > pengulangan di awal
baris
Contoh: B7 dan B8 /B14 dan B15
Jikalau untung kena ke
balam
Jikalau tidak kena ke
tanah
Responsi > pengulangan di tengah
baris
Contoh: B16, B17 dan B18
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di padang
Gajah badak penuh di hutan
Epifora > pengulangan di akhir
baris
Contoh: B6 dan B7/ B8 dan B10
Yang kecil pelontar balam
Jikalau tidak kena ke balam
Simile > perbandingan yang
setara
Contoh: B11
Seumpama kendur dengan labu
B19
Sejuk dinding seperti ular cintamani
Hiperbola > perbandingan yang
melampau
Contoh: B1
Medannya indah bukan kepalang
B2
Rantaunya luas bagai dibentang
B3
Tebingnya tinggi bagai diraut
B4
Pasirnya serong bentuk taji
Paradox > bertentangan
Contoh: B11
Helang disambar punai tanah
B13
B13
Kecil pohon besar buahnya
Nilai masyarakat..
q masyarakat yang cinta
akan keindahan
q
masyarakat yang cinta akan kemakmuran
q
mayarakat yang rajin mencari rezeki
q
masyarakat yang beruntung/ bertuah
menarik thanks
ReplyDelete