Sunday, August 5, 2012


KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI
                                    Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinngi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikakalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negeri beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dinding seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

Maksud talibun

Menceritakan tentang pemandangan yang sangat indah di negeri bernama Teluk Bidung Lama. Negerinya sangat luas dan kedudukan negeri yang tinngi dari aras laut. Keindahan negeri tersebut dapat di lihat dengan adanya pasir yang cantik yang menajadi dasar negeri tersebut. Batunya juga dalam pelbagai, ada yang kecil dan ada yang besar. Batu yang kecil digunakan untung dilontarkan kepada balam(burung). Kalau bernasib baik batu yang dilontar akan mengenai kepada balam(burung) dan kalau tidak batu yang dilontar akan jatuh ke tanah kembali. Negeri tersebut juga merupakan negeri yang makmur. Pemerintahnya sering mendoakan akan keselamatan penduduk negerinya daripada ancaman musuh dan menjaga negeri tersebut daripada diserang piha lawan walaupun dalam saiz yang kecil. Walaupun negeri itu kecil tapi mampu mengeluarkan hasil yang banyak dan membuktikan negeri tersebut negeri yang makmur. Rezeki bolek didapati di mana-mana sama ada di darat atau di laut malah mempunyai hasil ternakan seperti lembu, kerbau dan lain-lain. Suasana yang nyaman dan dindingbsesuai dengan keindahan negeri tersebut.


Ciri-ciri talibun..

*      Mempunyai satu rangkap
*      Mempunyai 20 baris
*      Mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris
*      Mempunyai 9-15 suku kata
*      Rima akhir adalah bebas
*      Jenis yang tidak terikat
*      Keseluruhan rangkap merupakan satu kasatuan idea


Tema..
Ø  Keindahan dan kemakmuran sesebuah negeri.


Persoalan..

Persoalan keindahan negeri
ü  Negerinya yang luas dan indah dengan mempunyai pasir yang cantil serta batu dalam pelbagai saiz


Persoalan kemakmuran negeri
ü  negeri tersebut mempunyai banyak sumber rezeki seperti ayam, ititk, kerbau dan lembu.


Persoalan rezeki yang terdapat di merata tempat
ü  rezeki yang boleh di peroleh sama ada di darat mahupun di dilaut.


Nilai estetika..

Asonasi > pengulangan huruf vokal a,e,I,o,u
Contoh: medannya indah bukan kepalang
( pengulangan vocal a sebanyak 5 kali)

Aliterasi > pengulangan huruf konsonen
Contoh: rantaunya luas bagai bibentang
(pengulangan konsonen
n sebanyak 4 kali)

Anaphora > pengulangan di awal baris
Contoh: B7 dan B8 /B14 dan B15
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah

Responsi > pengulangan di tengah baris
Contoh: B16, B17 dan B18
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di padang
Gajah badak penuh di hutan

Epifora > pengulangan di akhir baris
Contoh: B6 dan B7/ B8 dan B10
Yang kecil pelontar balam
Jikalau tidak kena ke balam


Simile > perbandingan yang setara
Contoh: B11
Seumpama kendur dengan labu
B19
Sejuk dinding seperti ular cintamani


Hiperbola > perbandingan yang melampau
Contoh: B1
Medannya indah bukan kepalang
B2
Rantaunya luas bagai dibentang
B3
Tebingnya tinggi bagai diraut
B4
Pasirnya serong bentuk taji


Paradox > bertentangan
Contoh: B11
Helang disambar punai tanah
B13
Kecil pohon besar buahnya


Nilai masyarakat..
  q   masyarakat yang cinta akan keindahan
  q   masyarakat yang cinta akan kemakmuran
  q   mayarakat yang rajin mencari rezeki
  q   masyarakat yang beruntung/ bertuah

1 comment: