Sunday, June 24, 2012

FUNGSI SYAIR..

* Sebagai hiburan- sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingan atau dalam upacara adat.

* Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dab sebagainya. Kemerduan "tukang lagu" dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.

* Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.

* Ketika sambutan maulud

* Dinyayikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam boria dan darbus.


syair-syair yang dilagukan pada masa lalu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Khalayak secara langsung dipaparkan dengan nilai-nilai keagamaan, nasihat, pengajaran, kasih-sayang, budi bahasa, tolong-menolong dan sebagainya. Fungsi syair ialah sebagai sumber ilmu pengetahuan, sebagai sumber hiburan, sebagai sumber mengisi masa lapang, sebagai sumber nasihat atau pengajaran, memberi kesedaran, keinsafan, sebagai sumber sejarah dan budaya dan sebagai sumber media komunikasi dalam masyarakat. 

Saturday, June 23, 2012

JENIS~JENIS SYAIR..

SYAIR PANJI : menceritakan tentang keadaan ynag terjadi dalam istana dan keadaan orang-orang yang berasal dari dalam istana

SYAIR ROMANTIS:  tentang pencintaan yang biasanya terdapat pada cerita pelipur lara,hikayat mahupun cerita rakyat. Contoh syair Bidasari yang menceritakan tentang seorang puteri raja yang dibuang ibunya setelah beberapa lama dicari putera bangsawan (saudaranya) untuk bertemu ibunya. Pertemuan pun terjadi dan akhirnya Bidasari memaafkan ibunya yang membuang dirinya.

SYAIR KIASAN: tentang pencintaan ikan,burung atau buah-buahan. Percintaan tersebut merupakan kiasan atau sindiran terhadap peristiwa tertentu.

SYAIR SEJARAH: adalah syair yang berdasarkan peristiwa sejarah. Sebahagian besar syair sejarah berisi tentang peperangan.

syair bahasa arab yang tertua adalah di batu nisan..Sultan Malik al Saleh di Acheh (1297M)

SYAIR AGAMA: merupakan syair terpenting. Syair agama di bahagi menjadi 4 iaitu syair sufi, syair tentang ajaran islam, syair pesan tertentu. Pesan itu dapat disimpulkan setelah memahami isi sebuah syair.

CIRI~CIRI SYAIR..

* Sejenis puisi naratif dalam bahasa melayu

* Bentuknya berangkap-rangkap 

* Setiap rangkap yang biasa mempunyai 4 baris 

* Setiap baris mengandungi antara 8-12 patah perkataan

* Rima hujungnya sama iaitu a-a-a-a

* Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun 

* Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu rangkap

Tuesday, June 19, 2012

DEFINISI SYAIR..

Syair adalah salah satu puisi lama. Ia berasal dari Persia (Iran) dan telah dibawa masuk ke nusantara bersama-sama dengan kedatangan islam. Kata syair berasal dari bahasa Arab yang bererti perasaan. Kata syo'ur berkembang menjadi kata syi'ru yang bererti puisi lama dalam pengertian umum. Syair dalam kesusteraan Melayu merujuk pada pengertian puisi secara umum. Akan tetapi dalam perkembangan syair tersebut mengalami perubahan dalam modifikasi sehingga menjadi khas melayu tidak lagi pada tradisi sastera syair di negeri Arab.

Sunday, June 17, 2012

CONTOH~CONTOH PANTUN..

PANTUN DUA KERAT:


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam


CONTOH SENDIRI:


Cik Siti melukis kartun
Dengar sini saya hendak pantun


Encik Muthu hendak ke pekan
Solat lima waktu jangan ditinggalkan




PANTUN EMPAT KERAT:


Memikat di hati anggun si dara
Arjuna setia segak terperi
Taat berbakti bangun Negara
Bangsa Malaysia tegak berdiri

CONTOH SENDIRI:


Pergi ke kedai membeli pasu
Membeli pasu berwarna putih
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Bunga cempaka tumbuh mekar
Berwarna putih harum baunya
Jika kita rajin belajar
kelak tentu akan berjaya


PANTUN ENAM KERAT:


Ular tedung jangan dipermudah
Biasanya dapat membawa maut
Jika tidak maut merana juga
Berhujan panas aku tak endah
Keris lembing aku tak takut
Kehendak hati kuturut juga


CONTOH SENDIRI:

Hujan turun dengan lebat
Ibu ayam mencari makan
Di bawah reban mengais-gais
Pesanan untuk sahabat
Hati-hati memilih rakan
Sama suka sama duka


PANTUN LAPAN KERAT:

Bagus rupanaya bunga melor
Putih rupanay bunga pinang
Berukir bertangkai perak
Permainan raja perempuan
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan, mangkuk sudah terhidang
Penganan mulia sudah terletak
Samalah duduk kita makan


CONTOH SENDIRI:

Pergi mencari si anak rusa
Pergi mencari sampai ke hutan
Membuat hati rasa terseksa
Tidak ketemu yang diidamkan
Jagalah diri jagalah bahasa 
Perangai syaitan jangan diikut
Agar hidup tidak binasa
Sentiasa mendapat rahmat Tuhan


PANTUN SEPULUH KERAT:

Baju dastar kesumba
Seluar gunting petani
Jahitan nyonya kampung Erah
Di hilir pasar kampung Melaka
Singgah di rumah nahkodanya
Batang emas dahan suasa
Buahnya intan dengan padi
Bunga diisap burung merak
Pipit hendak hinggap di rantingnya
Adakah boleh oleh yang punya


CONTOH SENDIRI:

Ke Melaka menaiki kereta
Pergi bersama saudara saudari
Merahatkan diri semasa cuti
Silaturahim bertambah bersemi
Kasih sayang kekal abadi
Tidak guna banyak harta
Jika hanya mementingkan diri
Orang sekeliling tidak dipeduli
Membuat orang bertambah benci
Akhirnya hidup seorang diri


PANTUN DUA BELAS KERAT:

Rotan sepatah dua patah 
Tarik kerakep batang padi
Dibawa sultsn dari Jedah
Padi yang jangan digemparkan
Kalau gempar antara gugur
Bila gugur masuk perigi
Naik akhirat batu haji
Tegak berdiri Rasulullah
Kami yang jangan dilupa 
Kalau lupa antara tidur
Dalam tidur menjadi mimpi


PANTUN BERKAIT:

Pulau pandang jauh ke tengah 
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Gunung daik bercabang tiga
Tampak jauh dari seberang
Budi yang baik dikenang juga
Khidmat bakti di sanjung orang

Tampak jauh dari seberang
Tegak berdiri sebagai raksasa 
Khidmat bakti di sanjung orang
Orang berbudi kita berbahasa


CONTOH SENDIRI:

Ini surat baru dikarang
Si pembaca tidak mengerti makna
Ada sekali bunga yang kembang
Tumbuh segar di gunung tinggi

Si pembaca tidak mengerti makna
Bahasa diguna bahasa Melayu
Tumbuh segar di gunung tinggi
Berkembang bunga berwarna ungu

Bahasa di guna bahasa Melayu
Si pembaca tidak mengerti makna
Berkembang bunga berwarna ungu
Kumbang tidak berhenti disana

Si pembaca tidak mengerti makna
Bahasa di guna bahasa Melayu
Kumbang tidak terbang ke sana
Berkembang bunga sudah layu



FUNGSI PANTUN..

*digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.

*sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.

*sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.

*sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus terang.

*sebagai alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba.

*sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyrakat melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya.

Saturday, June 16, 2012

JENIS~JENIS PANTUN..

Pantun melayu terdiri daripada beberapa jenis

Antaranya ialah:

  • pantun adat
  • pantun agama
  • pantun nasihat
  • pantun jenaka
  • pantun budi
  • pantun teka-teki

Thursday, June 14, 2012

Ciri-ciri Pantun...

Bentuk
•Bilangan baris - baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.


•Pembayang maksud dan maksud. Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.


•Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.


•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.


•Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah abab iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.


Ciri-ciri pantun Melayu..


CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • mengandungi 4 kerat/baris
  • jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
  • jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
  • ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
  • bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
  • bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
  • maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
  • sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

Definisi Pantun...

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis..

Wednesday, June 13, 2012

maafkan aku Ya Allah..
bila aku langgar perintahMu..
bila aku ingkar pada janjiku..
maafkan aku Ya Allah..
bila aku menduakanMu dengan yang lain..
maafkan aku..bila aku tak khusuk dan mencuri dalam solat yang aku persmbahkan padaMu..
maafkan aku Ya Allah..bila aku sombong dan angkuh untuk berdoa padaMu..
maafkan aku Ya Allah..bila aku tak bersyukur dengan apa yang engkau kurniakan dan bila aku marah pada takdir yang Kau  putuskan ke atasku..maafkan aku bila aku enngan berlapang dada denganMu dan terlalu sibuk mengejar duniawi hingga aku lupa sujud padaMu..
maafkan aku..bila aku memohon keampunan namun aku tetap saja ulangi dosa lalu..
maafkan aku bila tak pernah setia padaMu..
Ya Allah..aku memohon keampunan padaMu..
maafkan aku..sungguh aku bertaubat padaMu..
hanya Engkau sahaja yang Maha Pengampun dan Maha penerima taubat..
izinkan aku mencintaiMu selamanya dan ku mohon janganlah Engkau berpaling daripadaku..