Sunday, July 15, 2012

Definisi Mantera..




Kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kasaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Mantera juga diberikan pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara –upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-uparaca ritual, pemujaan, kepada penunggu dan semangat juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakkan segala bencana).

Ciri-ciri mantera..

Dari segi bentuk: 
       Bentuk bebas atau tidak terikat
       Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas/tidak tetap
       Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas
       Rima akhir adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu

Dari segi isi:
M Mengandungi kata-kata yang dapat memberikan kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku, atau perbuatan, perasaan atau sentuhan bunyi atau pendengaran

M Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa metafora








Jenis mantera dibahagiakan kepada 4 berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan, iaitu:
Ø Perubatan
Ø Pakaian diri
Ø Pekerjaan
Ø Adat isitiadat

Fungsi mantera:

*    Menyembukan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
*    Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
*    Mentera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

Definisi Teromba ..




  J   Merupakan susunan adat yang disamapikan dalam bentuk puisi.
  J   Dikenali juga sebagai puisi adat
  J   Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan.
  J   Norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkan.

                                       
Ciri Termba.. (adat tonggak nilai)

       q   Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
       q   Mengandungi tujuh rangkap.
       q   Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu:

·         Rangkap 1 megandungi 14
·         Rangkap 2 mengandungi 16 baris serangkap
·         Rangkap 22 baris serangkap
·         Rangkap  empat, 6 baris serangkap
·         Rangkap lima, 17 baris serangkap
·         Rangkap enam, 7 baris serangkap
·         Rangkap tujuh , 9 baris serangkap

  q   Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  q   Jumlah perkataan sebaris tidak seimbaang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
       Jumlah suku kata sebaris tidak seimbang iaitu antara 3 hingga_______


Contoh:
Rangkap 1, baris 1….. tatkala
Rangkap 2, baris 16… perempuan biasa berusahakan benang dan kapas
Rangkap  1,baris 1..tat/ka/la -3 jumlah suku kata
Rangkap 2, baris 16..pe/rem/pu/an  bia/sa  u/sa/ha/kan/  be/nang/ dan  ka/pas-16 suku kata
       Terdapat  penggunaan peribahasa

Contoh: bulat air kerana pembentung
                Bilat manusia kerana maufakat



Ciri dari segi isi..

Isinya  mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalm kehidupan sosioal  masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
























Definisi Talibun..




ü  Puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara.
ü  Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas).
ü Digunakan sebagai sisipan/selingan dalam cerita lipur lara.


Ciri-ciri Talibun..

Ø  Struktur talibun berbentuk bebas
Ø  Dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris
Ø  Jumlah perkataan dan suku kata seimbang
Ø  Tidak mempunyai system rima tertentu


Fungsi Talibun..


F Sabagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara.
F Fungsi dalam seseuah cerita = sebagai pamerian kepada cerita berkenaan  dan memperjelaskan perlukisan tersebut
F Isi  atau tema =  berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks.
F Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur  di dalam sesebuah cerita.
F Penggunaan bahasa  perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.
F  Pengulangan bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahsa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.

DEFINSI, CIRI DAN FUNGSI GURINDAM..


* Ismail Hamid (1989) : berasal daripada perkataan Sanskrit
* walaupun berasal daripada perkataan asing tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurimdam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu memepunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji,"..adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangan sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat da sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.."( Sultan Takdir Alishahbana)
* Menurut Raja Ali, Sultan Takdir Alishahbana(1954) menjelaskan pembentukan gurindam biasanya terjadi daripada sesebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak.
* Pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak.
* Tiap-tiap baris itu sebuah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat.
* Jumlah suku (suku kata) tiaptiap baris itu tidak ditentukan.
* Rimanya juga tiada tetap.
* Isi: Lebih cenderung kepada riang dan suka cita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main dan mengeli-gelikan hati. Boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati.
* Bahasa: Bahasanya selalu padat dan berans.
* Pendidikan dan hiburan.
* Sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dalat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. 

FUNGSI SELOKA

* Amat terbatas

* Seloka dapat mengambarkan masyarakat yang melahirkan iaitu masyarakat        yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.

* Seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif masyarakat.


FUNGSI AMAT BERGANTUNG KEPADA ISINYA:


# Untuk menyindir seseorang
# Untuk mengejek seseorang
# Untuk menempelak seseorang
# Untuk melahairkan rasa benci terhadap seseuatu kelakuan manusia
# Sebagai alat kawalan sosial / sosial protes

DEFINISI SELOKA..

Dari segi istlilah, seloka berasal daripada perkataan Sansktit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat.

  • Setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit.
  • Sejenis puisi dari segi rangkap (sama ada berangkap atai tidak berangkap).
  • Jika berangkap:
      •  tidak tentu barisnya dalam serangkap.
      •  tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris.
  • Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak.
  • Memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
  • Seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun, atau teromba.
  • Biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan asyik dan khayal.
  • Seloka mengandungi nada-nada ejekan dan nada-nada sinis.
  • Mengandungi bahasa  yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut,sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, menyindir, dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.