Saturday, August 4, 2012


Analisis pantun budi..

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga

Tenang-tenang air dilaut,
Sampan molek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung
ciri-ciri

·         Jenis puisi ialah pantun
·         Mempunyai  3 rangkap
·         Setiap rangkap mempunyai 4-5 patah perkataan
·         Setiap patah perkataan mempunyai 8-10 suku kata
·         Pantun ini jenis yang terikat
·         Rima akhir pantun ini ialah a-b-a-b
·         Fungsi  :
1.      Menyampaikan pesanan, untuk tujuan mendidik dan member pengajaran
2.      Menceritakan gambaran masyarakat ketika itu
3.      Untuk menyampaikan isi hati


Nilai estetika

Asonasi- pengulangan  vokal
Contoh rangkap pertama (pengulangan vokal a)
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Alitrasi- pengulangan konsonen
Contoh rangkap kedua (pengulangan konsosnen d)
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang juga

Anafora- pengulangan kata di awal baris
Contoh:  Hutang emas boleh dibayar
               Hutang budi di bawa mati

Repitisi pengulangan kata dalam baris yang sama
Contoh: Tenang-tenang air dilaut

Sinkope- persingkatan kata
Contoh: Budi baik rasa nak junjung
              “ nak merujuk  kepada hendak”

Hiperbola- perbandingan yang melampau
Contoh: Budi baik rasa nak junjung

Personafikasi- merupakan sifat manusia yang diberi kepada benda atau kepada sesuatu yang tidak  bernyawa

                            contoh: Tenang- tenang air dilaut

Responsi-  pengulangan kata di tengah baris
contoh:               Pisang emas dibawa belajar,
                          Masak sebiji di atas peti,
                          Hutang emas boleh dibayar,
                          Hutang budi dibawa mati


Nilai masyarakat..

  J  Nilai masyarakat yang prihatin
·         Masyarakat yang mengigatkan bahawa budi merupakan sesuatu yang harus diingat tetapi bukan sesuatu yang remeh. Contoh (rangkap ke-2)

  J  Nilai masyarakat yang mengagungkan budi
·         Masyarakat yang meletakkan budi sesuatu yang tinggi. Contoh (rangkap ke-3)



Perasaan:

 merasakan masyarakat ketika itu meletakkan budi sebagai satu nilai yang tertinggi dan mengingatkan bahawa tidak memandang budi sebagai sesuatu yang remeh.




ANALISIS PANTUN AGAMA..


Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal Sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

CIRI-CIRI

ü Jenis puisi ialah pantun
ü Pantun ini mempunyai dua ragkap
ü Setiap satu baris mempunyai empat patah perkataan
ü Setiap patah perkataan mempunyai 9-10 suku kata
ü Rima akhir bagi pantun ini ialah a-a-a-a
ü Pantun ini jenis yang terikat
ü Fungsi pantun ini ialah: 
·         Memberi pengajaran atau kesedaran
·         Memberi nasihat dan teladan
                                                                                                                



Nilai estetika..

Asonasi- merupakan pengulangan huruf vokal
Contoh dalam rangkap pertama (pengulangan vocal i)

Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad


Aliterasi- pengulangan huruf konsenan iaitu selain dari huruf vocal
Contoh dalam rangkap kedua ( pengulangan konsenan n)
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal Sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan

.
Metafora- abstrak dan konkrit
Contoh: Tidak semulia Nabi Muhammad
Minta ampun merupakan perbuatan manusia yang dapat dilihat menerangkan unsur abstrak dan Tuhan itu wujud tetapi tidak dapat dilihat menerangkan unsur konkrit.

Personafikasi- sifat manusia yang diberi kepada benda atau sesuatu yang tidak
                    bernyawa
Contoh: Tidak semulia Nabi Muhammad

Repitisi- pengulangan kata dalam baris yang sama
Contoh:          “Banyak hari antara hari”
                        “Banyak nabi antara nabi”

Anafora- pengulangan kata diawal baris
Contoh:          Banyak hari antara hari
                        Banyak nabi antara nabi

Responsi- pengulangan kata di tengah
Contoh:          Banyak hari antara hari
                        Banyak nabi antara nabi
Inversi- kata kata diterbalikan tanpa mengikut tatabahasa
Contoh:  Mati seekor tinggal sembilan
                Sepatutnya seekor mati tinggal Sembilan


 Nilai kemanusian
 
·      Nilai keimanan seseorang hamba kepada Allah
Contoh dalam rangkap kedua pantun
·      Nilai kemulian
Contoh dalam rangkap pertama pantun


Perasaan:

Memberi rasa peringatan atau kesedaran kepada kita. Sebagai contoh dalam rangkap pertama. Memberi rasa keinsafan kepada kita. Sebagai contoh dalam rangkap kedua.

No comments:

Post a Comment