Analisis pantun kasih
sayang..
Dari
mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari
mana datangnya sayang,
Dari
mata turun ke hati.
Air
dalam bertambah dalam,
Hujan
di hulu belumlah teduh,
Hati
dendam bertambah dendam,
Dendam
dahulu belumlah sembuh.
Ciri-ciri
·
Jenis
puisi ialah pantun
·
Satu
rangkap mempunyai 4 baris
·
Setiap
baris mempunyai 4-5 patah perkataan
·
Setiap
patah perkataan mempunyai 8-10 suku kata
·
Jenis
puisi yang terikat
·
Rima akhir
pantun ialah a-b-a-b
Nilai estetika..
Aliterasi- merupakan
pengulangan huruf konsonen iaitu selain
huruf vokal
Contoh
rangkap pertama: (pengulangan konsonen n)
Dari mana
pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana
datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Ansonasi- merupakan pengulangan
huruf vokal
Contoh
dalam rangkap kedua (pengulangan vokal a)
Air
dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah
teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam
dahulu belumlah sembuh.
Anafora-pengulangan kata di
awal baris
Contoh
dalam rangkap pertama
Dari
mana pipit melayang,
Dari paya
turun ke padi,
Dari mana
datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Responsi-pengulangan kata di
tengah baris
Contoh
dalam rangkap kedua
Air
dalam bertambah dalam,
Hujan
di hulu belumlah teduh,
Hati
dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh
Repitasi-
pengulangan kata dalam baris yang sama
Contoh
dalam rangkap kedua
Air
dalam bertambah dalam,
Hujan
di hulu belumlah teduh,
Hati
dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh
Hiperbola- perbandingan yang
melampau
Contoh:
hujan dalam bertambah dalam
Nilai

·
Rangkap tersebut menunjukkan
perasaan kasih sayang lazimnya datang daripada pandangan kita terhadap
seseorang dan seterusnya menimbulkan rasa sayang di hati.

·
Dalam rangkap ini menjelaskan
tentang kerinduan yang sedia ada pada seseorang itu tidak pernah hilang malah
semakin bertambah
Ø Perasaan
ketika membaca ini pantun ini ialah melahirkan rasa kasih atau sayang di hati
dan menimbulkan rasa benci dalam hati atau dendam yang belum terubat
Analisis pantun nasihat..
Tanam
bunga di dalam pasu,
Bunga
melati bunga pandan,
Jangan
ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
Ciri-ciri
Ø Jenis
puisi ialah pantun
Ø Mempunyai
2 rangkap
Ø Setiap
rangkap mempunyai 4 baris
Ø Setiap
satu baris mempunyai 4-5 patah perkataan
Ø Setiap
patah perkataan mempunyai 8-9 suku kata
Ø Sejenis
pantun yang terikat
Ø Rima
akhir ialah a-b-a-b
Nilai estetika..
Asonasi- merupakan
pengulangan huruf vokal
Contoh
dalam rangkap pertama (pengulangan vokal
a)
Tanam bunga dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Aliterasi - merupakan pengulangan huruf
konsonen
Contoh dalam rangkap
kedua (pengulangan konsonen r)
Burung tiung terbang
tinggi,
Burung merpati
mencari sarang,
Kalau
sombong meninggi diri,
Ke
mana pergi di benci orang.
Anafora- pengulangan kata di awal baris
Contoh: Burung tiung terbang tinggi
Burung merpati mencari
sarang
Hipebola- perbandingan yang melampau
Contoh: kelak nanti binasa badan
Repitasi- pengulangan kata dalam baris
yang sama
Contoh: bunga
melati bunga pandan
Nilai
Ø Nilai
kesedaran (contoh dalam rangkap pertama)
·
Dalam rangkap ini memberi
peringatan agar kita tidak mengikut hawa nafsu kerana apabila kita mengikut
hawa nafsu kelak kita akan binasa.
Ø Nilai
masyarakat yang membenci sifat meninggi diri dan sombong.
·
Dalam rangkap ini menerangkan
bahawa sifat tersebut tidak seharusnya di amalkan oleh sesiapa pun.
v Perasaan:
memberi rasa pengajaran atau kesedaran terhadap diri. Sebagai contoh dalam
rangkap pertama
Tak nak buat pengajaran pantun ni ker?
ReplyDelete