SYAIR
IKAN TERUBUK
Latar belakang:
Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi.
Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.
Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.
Secara
politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa
lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika
ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa
Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah
Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk
menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau
dan negeri-negeri agraris lainnya.
SYAIR
IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan
percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi
sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu
misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri
Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka
terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d.
Wall 242 di Jakarta.
Maksud Syair mengikut
rangkap:
Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan
bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji
kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat
siang dan malam kepada setiap umat Islam.
Rangkap 2:
Syair ini menceritakan
tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan
pemerintahannya) kerana bersedih .
Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk
adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk
berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa
termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila
mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.
Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila
ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan
ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.
Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali
sebagai Puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam (air
tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta
bersopan-santun.
Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri
di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu
jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai
terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya
diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana
terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk
(golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam
ikan terubuk teringatkan tuan puteri.
Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu
senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang
berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.
Rangkap 11:
Upacara berdoa
tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan
diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu
dinihari(subuh).
Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai
dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia
juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
Rangkap 13:
Tidak lama kemudian,
suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek
moyangnya dari kayangan.
Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon
pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik
apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat
rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah
kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke
atas pucuknya.
Rangkap 16:
Dengan restu para wali
(orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku
apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.
Rangkap 17:
Ikan belida
bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri
telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.
Rangkap 18:
Ikan pari telah datang
mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita
kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan
bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan
belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada
ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada
mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya
menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia
bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
Rangkap 21:
Ikan terubuk terus
berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi
rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri)
didalam hatinya .
Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi
rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang
terpaksa dihadapinya.
Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada
terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
Rangkap 24:
Raja Seripada kembali
semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat
hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu
bersemandi di dalam kalbunya.
Sinopsis:
Syair simbolik/kiasan ini
menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut
Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan
puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar).
Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan
puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta
bersopan-santun.
Namun
begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk,
menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan
Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada
tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu
berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir
sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri
puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan
hilang lenyap diudara.
Berita
kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah
disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah
dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada.
Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki
tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Ikan
terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala
usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk
akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa
kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Ciri-ciri Syair
Fakta
|
Terdiri daripada empat
baris serangkap
|
Huraian
|
Kesemua 24 rangkap
terdiri daripada 4 baris
|
Contoh
|
Bismillah
itu permulaan kalam,
Dengan
nama Allah khalik al-alam,
Melimpahkan
rahmat siang dan malam,
Kepada
segala mukmin dan Islam.
|
Fakta
|
bilangan patah perkataan
|
Huraian
|
Keseluruhan syair
mempunyai 3 higga 5 patah perkataan
|
Contoh
|
3 patah
perkataan-rangkap 14 baris 3 :
Eloknya
tidaklah ternilai
5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2
Di
dalam kolam konon tempatnya
|
Fakta
|
Bilangan suku kata
|
Huraian
|
Mempunyai suku kata
antara 8 hingga 13 suku kata
|
Contoh
|
8 suku kata-rangkap 14
baris 2
Datang
dari Tanjung Balai
13 suku kata-rangkap 16 baris 2
Perkataan
puteri terhentilah ia
|
Fakta
|
Rima akhirnya
|
Huraian
|
Rima akhir syair ini
tetap iaitu a-a-a-a
|
Contoh
|
Mula dikarang ikan
terubuk,
Lalai memandang ikan di
lubuk,
Hati dan jantung bagai
serbuk,
Laksana kayu dimakan
bubuk.
|
Kepentingan Karya
3.1
Sebagai hiburan
3.2 Alat menyampaikan pengajaran
3.3.
Alat Sindiran
Aspek estetik
Aspek Estetika bahasa
Fakta
|
Penggunaan bahasa asing
|
Huraian
|
Penggunaan bahasa arab
dalam syair
|
Contoh
|
Rangkap 1 baris
1-bismillah
Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam
Rangkap 1 baris 3-rahmat
Rangkap 1 baris 4-mukmin
dan islam
Rangkap 12 baris 1-Ya
Ilahi
|
Fakta
|
Metafora
|
Huraian
|
Penggunan unsur abstrak
dan konkrit dalam ayat
|
Contoh
|
Rangkap 20 baris 2
Rangkap 22 baris 1
|
Fakta
|
Hiperbola
|
Huraian
|
Menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan
|
Contoh
|
Rangkap 2 baris 3-hati
dan jantung bagai serbuk
Rangkap 4 baris 1-pagi
dan petang duduk bercinta
Rangkap 15 baris 4-puteri
melompat ke atas pucuknya
|
Fakta
|
Personafikasi
|
Huraian
|
Sifat manusia yang diberi
pada objek atau benda
|
Contoh
|
Rangkap 13 baris 2-turunlah
rebut dengan segera
Rangkap 15 baris 3-sampailah
waktu dengan janjinya
Rangkap 21 baris 4-bagaikan
datang rasanya takut
|
Fakta
|
Simile
|
Huraian
|
Perbandingan setara yang
menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai
|
Contoh
|
Rangkap 2 baris 3-hati
dan jantung bagai serbuk
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut
|
Fakta
|
Kata ganda berirama
|
Huraian
|
Kata yang digandakan
dengan penambahan imbuhan atau perubakan kata
|
Contoh
|
Rangkap 9 baris 1-gundah gulana tidak
keruan
Rangkap 9 baris 4-siang
dan malam igau-igauan
Rangkap 16 baris 3-belumlah
sampai daya upaya
|
Tema:
Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari
perbezaan status .
Persoalan:
·
Persoalan percintaan .
Percintaan yang melibatkan perbezaan status /
darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut.
Contohnya,Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang
berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air
tawar.
·
Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa
Segala
harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa,
Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada
Allah agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.
·
Persoalan tentang kerinduan
Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah
hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah.
Contohnya,Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan
puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.
·
Persoalan tentang
kedaulatan. (keluarga raja)
Keturunan
diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri.
Contohnya,Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari
keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia
meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh
pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok
pulai dan akhirnya hilang.
·
Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh
Golongan
bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan
sesuatu keadaan.
Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek
moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir
menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.
·
Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan.
Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki
wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah
yang cantik,
Contohnya Cantik mejelis barang lakunya.
·
Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan
Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai
ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya.
Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang
baik.
·
Persoalan tentang putus asa / kecewa
Apabila
berdepan dengan kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa
sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya
dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gundah gulana
Aspek pemikiran masyarakat
dalam karya
1. Perbezaan darjat/keturunan
Boleh membawa kegagalan dalam
percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal
memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana
ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari
kerajaan air tawar.
2. Keagungan tuhan
Dalam sebarang urusan yang
hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah
dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak
dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon
dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk.
3. Konsep daulat.
Daulat merupakan kekuasaan
yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan
membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa
yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang
dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan
diri.
4. Kejadian
luar biasa.
Kejadian aneh yang berlaku
yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah . Pemerintah
atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam
syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan
petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.
Nilai kemanusiaan:
i. Nilai
kasih sayang
ii. Keberanian
iii. Kegigihan
iv. Keyakinan
Nilai kemasyarakatan
i. Kerjasama
ii. Kesetiaan
kepada pemerintah
Nilai kepercayaan
i. Kepercayaan
tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat.
ii. Kepercayaan
terhadap kejadian luar biasa
Nilai Keagamaan
i. Memuliakan
Tuhan sebagai pentadbir alam
ii. Limpahan
rahmat untuk semua makhluk.
Citra watak
Latar belakang watak ikan Terubuk dan Puteri puyu-puyu
Fakta
|
Ikan Terubuk
|
Puteri Puyu-puyu
|
Asal
|
Air masin
|
Air tawar
|
Gelaran
|
Raja seripada
|
Puteri puyu-puyu
|
Pemerintah
|
Melaka
|
Tanjung padang
|
No comments:
Post a Comment