Sunday, August 5, 2012


Taat Setia Raja dan Rakyat
Analisis
Ø  Mempunyai 5 rangkap
Ø  2 baris 1 rangkap
Ø  4-5 patah perkataan
Ø  8-11 suku kata 1 baris
Ø  Rima akhira,a,a,a
Ø  Terdapat jeda
Ø  Puisi jenis terikat
Tema :
Kerjasama antara rakyat dan raja
Maksud Setiap Ayat
Rangkap1 :Kerjasama antara raja &menteri akan membawa kepada Negara yang aman
Rangkap2 :Kesetiaan kepada raja dapat membawa kepada kemudahan aktiviti yang dijalankan
Rangkap3 : Raja yang raja mendapat dorongan daripada rakyatdengan ikhlas
Rangkap4 : Orang berilmu perlu dikasihi untuk mendapat rahmat
Rangkap5 : Orang pandai perlu dihormati agar kita dapat memanfaatkan ilmunya untuk mengetahui baik & buruk

Persoalan
Rangkap1 :Kerjasama antara raja dan menteri untuk mendapatkan kedamaian
Rangkap2 :Ketaatan yang boleh membawa kepada kelancaran aktiviti yang dijalankan
Rangkap3 : Raja yang bersikap adil
Rangkap4 :Kasihkan orang berilmu akan memperolehi rahmat
Rangkap5 :Hormatakan orang yang pandai
Nilai Estetika
Peribahasa
-   Seperti kebun berpagarkan duri
Inversi- bertentangan
-   Betul hati kepada raja
-   Tanda rahmat atas dirimu
Bahasa Arab
-   Inayat
Hiperbola- perbandingan yang melampau
-   Hukum adil atas rakyat
Metafora-  abstrak dan konkrit
-   Betul hati kepada raja
Anafora- pengulangan kata di awal baris
-   Tanda-tanda
Asonansi- pengulangan vokal
-   Pengulangan vokal ‘a’ 6 kali
-   Raja bermuafakat dengan menteri
Aliterasi
-   Pengulangan konsonen ‘n’ 3 kali
-   Hormatakan orang pandai
Fungsi
-   Memberi nasihat
-   Pengajaran
-   Kawalan social
-   Mendidik
-   Alat hiburan
Nilai Masyarakat
-   Hormat menghormati
-   Tolong menolong
-   Kasih sayang
-   Bekerjasama

No comments:

Post a Comment