Monday, August 6, 2012


Mantera ulik mayang
Asal mantera ulit mayang berasal dari terengganu.amalan ini selalu diadakan di terengganu,apabila agama islam menjadi agma rasmi malaysia, mantera ulit mayang ini merupakan amalan yang khurafat dan dilarang.tetapi mantera ulit mayang dijadikan sebagai persembahan kesenian dipersembahkan dengan mayang pinang yang telah diasapkan keminyan dan disapu dengan minyak kelapa.mayang pinang juga dikenali sebgai sumber semangat dalam persembahan ulit mayang.ia juga melambangkan pemujaan yang mendalam.mereka mempercayai bahawa pesembahan mantera ini meminta pertolongan kepada tujuh puteri untuk mengubati lelaki yang sampuk.

FUNGSI :
  • untuk perubatan
  • untuk hiburan
  • untuk persembahan kesenian

NILAI KEMANUSIAAN:
  • kerjasama
  • kepercayaan khurafat
  • mengamalkan adat turun temurun
NILAI KEMASYARAKATAN:
  • masyarakat yang percaya pada khurafat
  • masyarakat yang berkerjasama
  • masyarakat yangpercya akan kegunaan jin
  • masyarakat yang mengamalkan adat

CIRI-CIRI MANTERA
  • mempunyai 7 rangkap
  • semua rangkap mempunyai 8 baris
  • rangkap yang terakhir hanya mempunyai 4 rangkap
  • puisi bebas 
  • menggunakan bahasa mantera
  • atau bahasa keramat



NILAI ESTETIKA
o   Ansonansi (pengulangan vokal;a,e,i,o,u )
Rangkap 1 baris 5        “ Seri Menapak nama daunmu “
                                                   Baris diatas pengulangan vokal a sebanyak 5 kali

o   Aliterasi (pengulangan konsonen )
Rangkap 2 baris 1                  “ umbut mayang diumbuk”
                                      Baris diatas pengulangan konsonen m sebanyak 3 kali

o   Anafora ( pengulangan di awal baris )
Rangkap  1 baris 1 dan 8 = “aku”
Rangkap 1 baris 2-7 = “seri”
Aku tahu asal usulmu
Seri Bersila nama asalmu
Seri Berdiri nama batangmu
Seri Hidup asal usulmu
Seri Menampak nama daunmu
Seri Guntur nama bungamu
Seri Gintir nama buahmu
Aku tahu asal usulmu.
Rangkap 2 = “umbut “, “ulit “, “puteri “

o   Responsi (pengulangan tengah ayat )
Rangkap 2 baris 1 dan 3 = “mayang “
Rangkap 2 baris 2 dan 4 = “dengan”
Rangkap 2 baris 5-8 = “dua”
Umbut mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning.

o   Repitasi (pengulangan sebaris ayat )
Rangkap 1 baris 1 dan baris 8 = “aku tahu asal usulmu “
Rangkap 2,3,4,5 dan 6 baris 1-3 = “umbut mayang di umbuk”
                                                            “umbut dengan jala jemala”
                                                            “ulit mayang diulit”

No comments:

Post a Comment