Sunday, July 15, 2012

Definisi Mantera..




Kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kasaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Mantera juga diberikan pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara –upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-uparaca ritual, pemujaan, kepada penunggu dan semangat juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakkan segala bencana).

Ciri-ciri mantera..

Dari segi bentuk: 
       Bentuk bebas atau tidak terikat
       Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas/tidak tetap
       Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas
       Rima akhir adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu

Dari segi isi:
M Mengandungi kata-kata yang dapat memberikan kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku, atau perbuatan, perasaan atau sentuhan bunyi atau pendengaran

M Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa metafora








Jenis mantera dibahagiakan kepada 4 berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan, iaitu:
Ø Perubatan
Ø Pakaian diri
Ø Pekerjaan
Ø Adat isitiadat

Fungsi mantera:

*    Menyembukan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.
*    Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
*    Mentera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

No comments:

Post a Comment