Sunday, July 15, 2012

DEFINISI SELOKA..

Dari segi istlilah, seloka berasal daripada perkataan Sansktit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat.

  • Setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit.
  • Sejenis puisi dari segi rangkap (sama ada berangkap atai tidak berangkap).
  • Jika berangkap:
      •  tidak tentu barisnya dalam serangkap.
      •  tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris.
  • Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak.
  • Memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
  • Seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun, atau teromba.
  • Biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan asyik dan khayal.
  • Seloka mengandungi nada-nada ejekan dan nada-nada sinis.
  • Mengandungi bahasa  yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut,sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, menyindir, dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.                                         

No comments:

Post a Comment